Transkrip perbualan ‘komplot kenakan Najib’ didedahkan

Hari ke-41 perbicaraan kes SRC mendedahkan sebuah transkrip perbualan antara saksi ke-54 Joanna Yu, bekas Pengurus Perhubungan Ambank dan Jho Low — yang membuktikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti politik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Antara satu perbualan mereka ialah pada satu ketika Joanna memberi tahu bahawa pegawai khas Datuk Seri Najib, Hafiz, ada menghubungi call centre Ambank untuk bertanyakan tentang kredit kad Datuk Seri yang mempunyai nama Nik Faisal Ariff tertera bersama diatasnya

Jho Low reply: “Shoot. Only u need to handle it. Very dangerous. Please do not send anything from that account anywhere in future. Esp MNR (Najib) info. Please speak to Mr Cheah (Tek Kuang) n senior management n ensure no one has access or can take any snap shots of that A/C”.

“…No more contacts with PMO pls.”

Transkrip tersebut bertarikh 22 Mac 2013, mendedahkan bahawa Jho Low berkata ‘sangat bahaya’ jika ada orang lain mengetahui perihal penyata akaun Datuk Seri Najib, dan pastikan ianya penyata kewangan disembunyikan daripada pengetahuan Datuk Seri Najib, atau Pejabat Perdana Menteri mahupun No 11 Langgak Duta, serta supaya tidak lagi berhubung dengan pejabat Perdana Menteri

Apabila ditekan, Joanna mengesahkan bahawa transkrip terbut adalah tulen.

Joanna juga mengaku bahwa mengikut arahan Jho Low.

Antara yang terlibat di dalam perbualan group chat rahsia komplot tersebut ialah Jho Low, Joanna Yu, Kee Kok Thiam, Terence Geh (CFO 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (lawyer 1MDB), Ung Su Ling (CEO YR1M), Jerome Lee (pengarah Putrajaya Perdana)

Mereka mendapat bermacam habuan drpd Jho Low dan antara yg disebut di dalam chat tersebut ialah Iphone 5s.

Turut disebut mendapat habuan ialah ‘seseorang’ drpd BNM.

Trankrip tersebut adalah bukti digital yang diambil daripada handphone Blackberry yang dirampas oleh Bank Negara Malaysia daripada serbuan keatas Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015

Semua ini akan digunakan oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib utk menunjukkan wujud transaksi dibuat diluar pengetahuan Najib, dan disembunyikan drpd pengetahuan Najib oleh satu komplot konspirasi jahat

Oleh: Syed Agil Jamalullail

Sumber – NTHMedia https://nthqibord.com/2019/07/23/panas-jho-low-joanna-berkomplot-kenakan-najib/

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply