Kerajaan Kedah digesa perhebatkan infrastruktur ICT

Kerajaan Negeri Kedah digesa untuk memperkukuhkan infrastruktur ICT supaya tidak ketinggalan di dalam pelan pembangunan National fiberisation connectivity plan (NFCP) dan Makmal infrastruktur digital negara yang sedang di rancang, kata Datuk Norsabrina Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu.

Walaupun berlakunya pandemik Covid19, sebenarnya terdapat juga peluang yang boleh diambil , iaitu kemunculan ekonomi digital yang kini hebat digunakan sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

“Kini, apabila masyarakat berhadapan dengan pandemik ini dan penguatkuasaan PKP, rakyat seakan terbiasa dengan ekosistem ekonomi yang berpaksikan pengaruh digitalisasi”, tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Titah Tuanku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berlangsung hari ini.

“Permintaan perniagaan di atas talian meningkat 65%. Pengguna dalam talian yang mula beralih kepada keluarbiasaan baru dalam berjual beli bertambah melebihi 72%”, katanya.

Selain itu, Beliau berkata keluasan liputan perkhidmatan internet di kawasan luar bandar dan pedalaman juga perlu diberi penekanan, meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply