Kerajaan Kedah digesa runding semula supaya tersenarai dalam aktiviti Ekonomi Digital Wawasan Kemakmuran 2030

Kerajaan Negeri Kedah digesa untuk membuat rundingan semula dengan kerajaan Persekutuan agar Negeri Kedah tersenarai dalam aktiviti Ekonomi Digital Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 tersebut, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Kegusaran itu disuarakan kerana Kedah tidak tersenarai di dalam rancangan pembangunan berkenaan dan dikhuatiri Kedah akan terus ketinggalan berbanding negeri lain.

“Kemunculan satu lagi sub bidang ekonomi yang dikenali sebagai gig ekonomi turut membuka lembaran dalam kerangka membina sebuah masyarakat yang IT savy, knowledgeable society dan virtual business environment”, tambah beliau.

Dalam konteks negeri, Kedah diharapkan agar servis provider, capaian dan akses kepada teknologi wajar diliputi pada kadar sekitar 85% dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Titah Tuaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berlangsung hari ini.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply