3 projek RTB melalui RMK11, RMK12 dirancang menangani masalah banjir di Baling

Tiga projek telah dirancang iaitu, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling, RTB Baling Fasa 2, RTB Baling Ulu bagi menangani masalah banjir di Daerah Baling, kata Datuk Suraya Yaacob exco Bekalan Air, Sumber Air dan Kerja Raya, Tenaga, Pengairan dan Saliran.

“RTB Baling telah diluluskan di bawah RMK11 dengan kos sebanyak RM15 juta” Tambah beliau.

Datuk Suraya berkata demikian ketika menjawab soalan YB Abd Nasir Bin Idris, ADUN Bayu di sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah 25 Ogos 2020.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling Fasa 2 di bawah RMK12 dengan anggaran kos sekitar RM55 juta.

Disamping itu, permohonan RTB Baling Ulu telah dikemukakan kepada kerajaan Negeri dengan anggaran kos RM900 ribu.

Sebelum ini, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor juga berkata masalah banjir di Baling akan diberi tumpuan oleh kerajaan negeri dan masalah banjir akan diselesaikan secara lebih menyeluruh.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply