Kluster Sivagangga mungkin kluster superspreader seperti Kluster Tabligh

Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang kluster Sivagangga yang ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

Kluster tersebut tersebar “sangat cepat” berbanding kluster lain di negara ini.

“Yang kita lihat sekarang kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya.” Kata Dr Noor Hisham Abdullah

Hari ini, daripada 15 kes baru yang dicatatkan, 6 daripadanya ialah daripada kluster Sivagangga

Setakat ini daripada 2,321 orang yang disaring, 30 pesakit aktif Covid-19 dikenalpasti daripada 3 daerah yang melibatkan 5 buah sekolah ditutup.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster┬ásuper spreader” tambah beliau

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply