Menteri Agama sahkan Laporan Kewangan TABUNG HAJI 2018 masih belum siap walaupun dah tahun 2020

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagu tahun 2018 dan 2019 masih belum selesai dan masih belum dibentangkan di Parlimen yang mana ianya melanggar tuntutan Akta Badan Berkanun (akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa pada 4 Ogos 2020, Selasa lalu.

Yang juga mengejutkan ialah YB Datuk Dr Zul mendedahkan SUKUK Tabung Haji yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan adalah tidak diberi jaminan kerajaan

Beliau berkata pihaknya sedang membincangkan jalan terbaik bersama Kementerian Kewangan bagi meniliti perkara tersebut

Harapan rakyat adalah keputusan yang lebih baik diberikan oleh Menteri Kewangan sekarang Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz berbanding Menteri kerajaan PH daripada DAP iaitu Lim Guan Eng

Persoalan seterusnya juga timbul mengapa aset-aset Tabung Haji yang dipindahkan keluar tidak disertakan dengan jaminan kerajaan oleh Menteri Kewangan ketika kerajaan PH iaitu Lim Guan Eng

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply