Pengukuhan MN penting sebagai ‘Payung Besar’ Melayu dan Bumiputera

Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Politik negara benar-benar dinamik dengan perubahan yang amat pantas dan sukar ditelah perubahannya. Sejak Mac 2020 lahirnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan parti-parti Melayu dan Bumiputera serta gabungan Barisan Nasional (BN) termasuk parti-parti Sabah jua Sarawak.

Kekuatan PN ampuh dan mapan melalui PRK Chini sebagai bukti ujian di medan pilihanraya yang menjadi ukuran kejayaan sesebuah parti politik.

Keputusan hari ini melalui kenyataan media Presiden UMNO untuk tidak bersama PN yang belum didaftarkan dengan mengambil pendirian kekal bersama Muafakat Nasional.

Kenyataan ini adalah seiring dengan pendirian Perdana Menteri selaku juga Presiden PPBM untuk turut menyertai gabungan Muafakat Nasional. Persetujuan ini akan lebih memperkukuhkan MN sebagai satu bumbung besar menyatukan Melayu dan Bumiputera.

Perubahan baru pengukuhan MN akan lebih meyakinkan gabungan bagi menghadapi PRU ke-15 disamping Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang secara kebetulan Dewan Negerinya dibubarkan hari ini, 30 Julai bersamaan 9 Zulhijjah hari Arafah.

Semoga MN akan semakin kukuh dan Padu. UMNO Kedah turut bersama menyokong penuh usaha sangat baik ini.

Selamat Aidil Adha.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail disuburkan di perjuangan ini melalui Muafakat Nasional.

Daripada,
Dato’ Seri Jamil Khir Baharom
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=994569140975087&id=267056497059692
Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply