Laporan polis terhadap ketidakpatuhan SOP COVID19 Bersatu Blackout

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah hari ini membuat laporan polis mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan di dua tempat berbeza

I. Konvensyen Penerangan Keadilan 2020 di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai 2020

II. Ceramah Bersatu Blackout di Hotel Raia, Alor Setar pada 19 Julai 2020

Ketua Pemuda Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Alor Setar di disini, malam ini.

Beliau berkata, ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, tidak bertanggungjawab dan tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat dengan menghadiri perhimpunan besar di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Polis kini dilaporkan sedang meyiasat penyokong- penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berada di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur yang dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Pemuda UMNO Alor Setar juga berharap pihak polis dapat juga mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan adil tanpa memilih bulu

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply