UMNO boleh bentuk imej baru parti menggunakan media sosial

Umno boleh menggunakan media sosial untuk membentuk dan menguruskan imej politik parti yang baru menggunakan media sosial dan dalam masa yang sama mengikis imej UMNO digambarkan oleh pihak tertentu yang dikaitkan dengan rasuah, korap dan sebagainya, kata Dato’ Shaiful Hazizi Zainol Abidin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok.

“Media sosial harus digunakan untuk mendidik, dan menyampaikan maklumat secara jujur serta beretika dan jangan jadikan media sosial sama sekali sebagai medan untuk membuat tomahan, fitnah dan sebagainya”, tambah beliau

“UMNO perlu bina standard kita sendiri. Apabila rakyat nampak kita mempunyai standard kita sendiri, kita kan dilihat lebih kredibel, dan maklumat yang kita sebarkan di media sosial akan dilebih dipercayai rakyat sebagai satu sumber”

Beliau mencadangkan penggunaan media sosial juga harus ditingkatkan secara lebih mendadak, dan lebih agreasif. Sebagai contoh, kempen presiden Amerika pada tahun 2008.

“Kita tidak pernah termimpi rakyat Amerika boleh mengangkat seorang presiden kulit hitam selama dua penggal, Barrack Obama, yang merupakan Presiden Amerika kulit hitam pertama di dalam sejarah negara itu”, katanya

Obama ketika itu menggunakan media sosial secara sangat meluas ketika berkempen , dan media sosial juga digunakan oleh pasukan kempen Obama untuk berhubung dengan anak muda yang ketika itu melingkupi 40 hingga 45 peratus daripada keseluruhan pengundi Amerika.

Donald Trump pula , walaupun menggunakan tektik kempen perkauman ‘white supremacy’ dan kebencian, beliau menguruskan akaun twitternya sendiri dan tidak diuruskan oleh pasukan media presiden seperti calon presiden lain sebelum ini.

“Kita tidak ada pilihan lain selain harus meningkatkan penggunaan media sosial pada PRU akan datang sehingga lebih 90%, ke tahap paling maksimum”, ujar beliau

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply