Mujahid sahkan aset Tabung Haji dijual, bukan hanya pindah milik

Akhirnya Datuk Seri Mujahid Yusof , bekas Menteri Agama secara tidak sengaja telah mengesahkan bahawa aset Tabung Haji telah dijual, bukan hanya dipindah milik

Beliau berbuat demikian ketika menjawab tuduhan Timbalan Menteri Agama, Ahmad Marzuk yang mendedahkan 80% ladang milik Tabung Haji telah dijual di bawah nilai pasaran

Mujahid memberi alasan bahawa kononnya aset-aset tersebut dijual untuk menbayar hutang anak-anak syarikat Tabung Haji

Namun, apabila disemak, 95% hutang anak syarikat adalah kepada Tabung Haji sendiri (syarikat Induk), bukan kepada pihak luar

Tiada keterdesakan TH untuk memaksa anak-anak syarikat membayar hutang sehingga terpaksa menjual aset di bawah harga pasaran

Penjualan aset tersebut kepada pihak luar Tamaco (milik keluarga Lim), hanyalah alasan yang tidak boleh diterima

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply