“Tiada Laporan Kewangan Tabung Haji 2018, 2019 sepanjang pentadbiran PH” -Datuk Seri Azeez

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggunakan peluangnya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan dakwaan berhubung isu penyelewengan dan kontroversi yang melanda Tabung Haji (TH) ketika di bawah pengurusannya.

Datuk Seri Azeez yang merupakan pengerusi TH pada Julai 2013 hingga Mei 2018, berkata aset TH meningkat sebanyak RM26.5 bilion sepanjang tempoh itu.

Sebaliknya sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan, jumlah deposit yang diperolehi oleh Tabung Haji menurun sekitar RM5.1 billion kepada RM69 billion.

Selain itu, beliau juga turut menyoal tindakan pentadbiran Pakatan Harapan yang gagal membentangkan laporan tahunan TH pada tahun 2018 dan 2019 sambil menunjukkan laporan kewangan TH 2013 hingga 2016 semasa institusi itu berada di bawah pentadbiran beliau.

Jelasnya, keperluan dan kewajipan menyediakan laporan tahunan penyata kewangan ini telah termaktub dalam Seksyen 5 dan 6, Akta Badan berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Ini menimbulkan tandatanya dikalangan rakyat tentang apa sebenarnya terjadi disebalik kegagalan Pakatan Harapan

Azeez berkata juga sempat mempertahankan dirinya dengan berkata setakat hari ini, beliau tidak dikenakan sebarang tuduhan di mahkamah berkenaan kes penyelewengan TH.

“Saya belum dituduh lagi, untuk makluman (Ahli Parlimen) Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), saya tidak ada satu kes pun dituduh atas TH sampai dua tahun dua bulan ini, sila pergi periksa tuan (Dr Mahathir),” katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, dalam sesi perbahasan sama, Abdul Azeez turut menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan penyelewengan dalam TH.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply