Tabung Haji, Guan Eng dan Laporan Kewangan yang gagal dibentang

Rakyat menarik nafas lega apabila Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa aset milik Tabung Haji tidak lagi dikuasai oleh orang bukan Islam.

Ini jelas sekali merujuk kepada penukaran Menteri Kewangan terdahulu iaitu Lim Guan Eng, berbanding Menteri Kewangan terbaharu iaitu Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Ini kerana sebuah syarikat yang diamanahkan menjaga aset Tabung Haji yang bernilai sekitar RM19.9 billion, iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan

Perlantikan Tengku Dato’ Sri Zafrul, sudah semestinya melegakan banyak pihak.

Namun apa yang lebih merisaukan ialah pendedahan daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika di dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau bertanyakan, mengapakan Laporan Kewangan tahunan Tabung Haji gagal dibentang di parlimen selama 2 tahun berturut-turut, iaitu 2018 dan 2019, oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Beliau juga turut mendedahkan bahawa sukuk yang dikeluarkan oleh UJSB adalah tidak disertakan bersama Jaminan Kerajaan (Goverment Guarantee), ketika kerajaan Pakatan Harapan

Persoalan yang timbul adalah, kenapakah kerajaan Pakatan Harapan sendiri tidak berani memberi jaminan kepada sukuk UJSB?

Adakah Kerajaan PH tidak menjamin aset-aset di bawah UJSB akan memberikan pulangan setimpal kepada Tabung Haji?

Persoalan ini penting untuk dijawab oleh Pakatan Harapan kerana menurut pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa terdapat penjualan 18 aset Tabung Haji termasuk hotel- hotel Tabung Haji dan hartanah di seluruh Malaysia

Apakah nilai aset Tabung Haji yang disebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin betul-betul bernilai bernilai sekitar RM78 bilion?

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply