Hipokrasi PH di dalam isu lantikan speaker

Dewan rakyat kecoh akibat protes pihak pembangkang terhadap cara perlantikan speaker Dewan Rakyat yang kononnya di atas beberapa sebab seperti tidak mengeluarkan notis 14 hari, tiada peluang untuk debat, tiada undi setuju dan tiada calon lain untuk diundi.

Walhal perkara yang sama berlaku ketika perlantikan speaker Dewan Rakyat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tanggal 16 Julai 2018 lalu.

Hipokrasi ini adalah sangat melucukan. Ketika itu juga, tiada notis 14 hari, tiada peluang untuk perdebatan, tiada undi setuju dan tiada calon lain untuk diundi.

Tun Dr Mahathir dirakam membuat memek muka mengejek pembangkang

Malah, ketika itu Tun Dr Mahathir dirakam membuat memek muka mengejek protes yang dibuat oleh pempimpin – pemimpin daripada blok pembangkang sebaik sahaja habis membaca ucapan usul pelantikan Tan Sri Mohamad Ariff sebagai speaker

Adalah menjadi perkara pengetahuan umum bahawa Speaker akan bertukar apabila bertukarnya sesebuah kerajaan tersebut, seperti yang dihujahkan oleh ahli parlimen Pasir Puteri, YB Dato’ Dr Nik Zawawi 

Serta perlu diingat bahawa Mohamad Ariff bukanlah seorang yang neutral, sebaliknya beliau adalah ahli parti Amanah iaitu sebuah parti komponen Pakatan Harapan!

Pelantikan Speaker Dewan Rakyat juga ditegaskan adalah sah jika usul yang dikemukakan dalam Sidang Dewan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Terdahulu, ketika Persidangan Dewan Rakyat, usul kerajaan untuk Mohamad Ariff mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dewan, meskipun pada awalnya mendapat bantahan keras daripada pihak pembangkang.

Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Ini turut diakui sendiri oleh Tan Sri Mohamad Ariff sendiri di dalam satu sidang media di luar dewan, bersama Timbalan Speaker , YB Nga Kor Ming selepas Perikatan Nasional berjaya di dalam usul tersebut.

Tan Sri Mohamad Ariff mengakui proses tersebut adalah sah

Usul yang dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin dibuat di bawah Perkara 57 (2) (c) perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada setiausaha Dewan Rakyat.

Peruntukan itu turut menyebut speaker hendaklah mengosongkan jawatannya jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply