Tempahan penginapan Airbnb meningkat, pelancongan domestik dilihat bakal pulih

Kadar tempahan penginapan domestik di Airbnb meningkat 190% pada Jun berbanding bulan sebelumnya, sekali gus memberi gambaran optimis industri pelancongan Malaysia mulai pulih.

Data itu sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pergerakan rentas negeri.

Dalam tempoh 30 hari lalu, 93% daripada jumlah tempahan yang dibuat menerusi platform pencarian penginapan itu adalah terdiri daripada destinasi domestik.

“Data terbaharu ini menguatkan kepercayaan kami bahawa pelancong semakin mencari pengalaman tempatan yang tulen dan berpatutan,” kata Pengarah Rantau (Asia Pasifik) Airbnb, Kum Hong Siew

Berdasarkan data tempahan terkini, destinasi domestik paling popular sepanjang 30 hari yang lalu di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Tetamu juga memenuhi keinginan mereka untuk melancong dengan berkunjung ke destinasi bukan bandar seperti Cameron Highlands, Kuala Terengganu dan Port Dickson.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply