Penerima BSH boleh tuntut bantuan khairat RM1,000 dan Mysalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000

Tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Menteri Kewangan I, Abdul Rahim Bakri berkata penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal.

Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply