Di dalam satu posting di facebook peribadi Datuk Seri Najib Razak, beliau mendedahkan bahawa pada 1992, Mirzan Mahathir yang ketika itu, hanya berusia 33 tahun, telah menguasai PNSL Berhad dengan harga RM248 juta masa itu.
PNSL ialah Perbadanan Nasional Shipping Line – iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara masa itu, milik Perbadanan Nasional, syarikat milik penuh kerajaan Malaysia.
Pemegang saham utama Perbadanan Nasional masa itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.
Pelanggan-pelanggannya pula adalah syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Tenaga, POS Malaysia dan pelabuhan-pelabuhan seluruh Malaysia.
“Dari mana Mirzan yang baru berusia 30an memiliki ratusan juta utk membeli syarikat milik kerajaan Malaysia?” Tanya beliau
Datuk Seri Najib juga mendedahkan bahawa Tan Sri Mokhzani Mahathir adalah pemilik Hospital Pantai yang dianugerahkan kontrak konsesi FOMEMA dan bekalan hospital kerajaan.
Pada 2002 pula, walaupun baru ditubuh setahun jagung, Syarikat Kencana milik Tan Sri Mokhzani juga diberikan lesen fabrikasi (offshore structures) utama Petronas
Tan Sri Mokhzani dikatakan menguasai 203 syarikat Sdn Bhd dan berpuluh syarikat Berhad, public listed, seawal umur 30an, malah telah dinobatkan 10 manusia terkaya di Malaysia pada tahun 2014
Tak lama dulu, pada Ogos 2019 Sarawak report pula mendedahkan satu dokumen menunjukkan bahawa Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pada , 1995 ketika itu berumur umur 30 tahun, ada menerima anugerah konsesi balak sekitar 1,000 hektar di Sarawak.

Pada 2003 pula, Mukhriz melalui syarikat Opcom juga dpt lesen fibre optic direct award drpd Telekom , bernilai RM214 juta
Selepas PRU14, saham Opcom naik mendadak 50% disebabkan pengumuman pelancaran projek mega fiber optic RM21.6 billion krjaan PH