Penjana bantu pusingan modal buat peladang, petani, dan nelayan

Langkah kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk industri pertanian dan makanan bertujuan menyuntik pembiayaan, selain dapat dijadikan modal pusingan untuk peladang, petani, dan nelayan memulakan semula aktiviti masing-masing.

Terdapat 3 bantuan khusus yang diperuntukkan dalam sektor itu iaitu peruntukan berjumlah RM350 juta menerusi Skim Pembiayaan Mikrokredit bawah Agrobank; insentif memudahcara mobiliti kerja pertanian kepada syarikat perintis; dan sumbangan “in-kind” bagi menyokong pertanian bandar.

Mengenai sumbangan “in-kind”, bantuan diberi dari segi peralatan dan bahan pertanian seperti benih, baja, khidmat nasihat, dan latihan sehingga maksimum RM50,000 bagi komuniti dan RM500 kepada individu yang berminat untuk mula bertani.

“Individu pun boleh memohon (Penjana) di kawasan mereka…untuk yang dah hilang pekerjaan. Ini (sumbangan ‘in-kind’) untuk pekerja yang salah tempat, bukan yang langsung adalah peladang,” jelas Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Dr Anis Mahmud @ Abdul Samad

Membawakan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’, pada 5 Jun, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Penjana yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion sebagai langkah untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply