Subsidi Upah selamatkan 2.4juta pekerjaan – Tengku Zafrul

Program Subsidi Upah yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menyelamatkan 2.4 juta pekerjaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Setakat 19 Jun, sekitar RM4.89 billion telah diluluskan untuk 303,596 majikan yang memberi manfaat kepada 2.4 juta pekerja di seluruh negara berbanding bajet RM1.2 billion untuk hanya 159,000 majikan dan melibatkan seramai 1 juta pekerja pada 19 April 2020.

“Walaupun kadar pengangguran dijangka naik pada bulan mendatang, langkah-langkah yang diambil menerusi pakej rangsangan ‘Prihatin Rakyat’ disasarkan untuk mengurangkan kadar pengangguran”, kata beliau

Bagaimanapun, kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat-syarat, tambah beliau

Beliau berkata bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka.

“Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan ini,” katanya ketika membentangkan Laporan ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply