181,000 lagi terima bayaran BPN bermula esok – Tengku Zafrul

Seramai 181,000 lagi pemohon akan mula menerima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada Rabu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

“Sukacita saya berkongsi bahawa bayaran ini akan dibuat mulai esok, 24 Jun 2020. Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kesemua bakal penerima BPN,” katanya.

“Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir bulan ini.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia pada Selasa.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply