Pemuda UMNO Kedah gesa siasatan RCI terhadap Tabung Haji

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menyokong gesaan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala dakwaan penyelewengan di dalam Tabung Haji.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu penting bagi mengembalikan keyakinan pelabur dan kira-kira 9.4 juta pendeposit institusi terulung umat Islam negara itu.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri

“Selagi tidak wujud satu siasatan bebas yang menyeluruh terhadap pentadbiran intitusi itu semasa zaman kerajaan Pakatan Harapan, selagi itu TH akan terus menghadapi fitnah yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap pengurusannya.”

“RCI itu perlu segera ditubuhkan bagi mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan”, katanya

Beliau berkata, antara transaksi yang perlu disiasat ialah, jualan lambak 76.2 peratus ladang milik TH Plantations berkeluasan 101,000 hektar yang kini tinggal 24,000 hektar, aset LTH bernilai RM10 bilion yang dijual kepada UJSB seperti tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM400 juta dan penjualan hotel TH seluruh Malaysia.

RCI adalah jalan terbaik bagi mencari penyelesaian untuk merungkai masalah dan sekiranya ada pihak yang terbukti terlibat dalam sebarang salah laku pengurusan maka tindakan undang-undang harus menyusul selepas itu

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply