Muhriz sepatutnya mencari solusi membangunkan KXP, mencari bukan alasan

Photo by : SUHAIMI YUSUF

Rakyat Kedah semestinya rata-rata menyokong malah mengalu-alukan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) jika ianya berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah utara lantas mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di koridor utara.

Umum juga sedia maklum bahawa ianya adalah sebuah projek yang dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dab bukan sebuah projek kerajaan

Maka, apakah motif Dato’ Seri Mukhriz meletakkan beban semula kepada kerajaan pusat, seolah seperti mahu mencari alasan.

Sepatutnya jika Dato’ Seri Mukriz bersedia untuk menjadi pembangkang kepada kerajaan pusat, beliau seharusnya mencari formula dan strategi terbaik dalam memastikan kelancaran projek KXP yang kononnya menarik pelbagai pelabur swasta asing termasuk di luar negara

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri telah menyatakan perkara yang sama bahawa pembiayaan KXP akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan kerajaan mahupun Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan kerana projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta

An artist impression of the terminal building that has been shared on Facebook since 2015.

“Kerajaan tak perlu keluarkan wang. Itu yang kita dapat jimat. Itulah pendekatan kerajaan selama ini. Sekiranya pihak swasta keluarkan wang dan kerajaan tak keluarkan wang jadi kenapa kita harus menghalangnya sekiranya wang ini datang daripada pihak swasta,”

Lim Guan Eng berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Isnin, 30 April 2019.

Satu-satunya pihak yang bergembira jika KXP tidak dimajukan ialah Kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka sememangnya resah sejak projek KXP mula dikemukakan kepada rakyat.

Dato’ Seri Mukhriz haruslah bertindak untuk menjuarai kepentingan rakyat dan ekonomi negeri Kedah dan bukannya untuk kepentingan dan telunjuk Dap Pulau Pinang

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply