Tommy Thomas sepatutnya dakwa kes LTTE sama seperti kes Daesh, ISIS dengan telus dan tanpa pilih kasih

Ramai rakyat Malaysia sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menghentikan 34 pertuduhan terhadap 12 orang tertuduh di bawah SOSMA berkaitan kes LTTE

Walaupun Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa Peguam Negara memulakan, meneruskan atau memberhenti sesuatu tindakan jenayah di mahkamah sivil, Tommy masih perlu memberi pertimbangan kepada keselamatan dan kedaulatan negara

Tambahan pula Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengekalkan penyenaraian kumpulan LTTE sebagai kumpulan pengganas berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Malah, beberapa negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing seperti India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam, berkata, keputusan Peguam Negara terhadap tahanan LTTE akan dirujuk sebagai ‘precedent’ atau kes duluan terhadap kumpulan militan ISIS, DAESH, sebagaimana teori domino, tahanan-tahanan akan menuntut saman ke atas kerajaan.

“Rakyat akan turut mengaitkan adakah tindakan ini pendakwaan terpilih kerana antara tahanan LTTE adalah pemimpin DAP dan ini mengesahkan hipotesis sebelum ini bahawa tindakan Peguam Negara berasaskan kepentingan politik semata-mata bukan kepentingan rakyat atau keselamatan negara”, tambahnya

Maka, Tommy samada perlu membuat pendakwaan terhadap 12 orang tertuduh di dalam kes LTTE sama seperti kes Daesh, ISIS, dengan telus dan tanpa pilih kasih; atau mengkaji semula semua pendakwaan dan hukuman yang dikenakan terhadap individu dikaitkan dengan militan Daesh dan ISIS

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply