Skim MySalam menguntungkan siapa sebenarnya?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan hanya RM13.7 juta telah dibayar kepada individu menerima faedah melalui tuntutan penyakit kritikal dan tuntutan elaun dimasukkan ke hospital

Akan tetapi, kerajaan akan membayar RM400 juta setiap tahun, tanpa gagal, kepada syarikat pengurusan insurans yang berpengkalan di Singapura.

Kenapa kerajaan perlu membayar RM400 juta hanya untuk mendapat balik hanya RM13.7 juta, atau sekitar 3% sahaja?

3% tidak menggambarkan keseluruhan keadaan yang kita lihat di hospital-hospital kerajaan yang melimpah, dan keadaan rakyat berpendapatan rendah yang tersepit dengan penyakit-penyakit kritikal seperti yang kita baca di dalam suratkhabar

Mustahil hanya 3% sahaja golongan miskin, atau berpendapatan rendah yang dimasukkan ke hospital atau ditimpa penyakit kritikal

Jika hanya 3% yang rakyat terima, berbanding dengan baki 97% yang towkay korporat terima, ini adakah sesuatu yang tidak betul

Skim MySalam menguntungkan siapa sebenarnya?

Rakyat amat mengalu-alukan apa saja usaha untuk membantu mana-mana kategori rakyat, terutamanya rakyat berpendapatan rendah, tetapi buatlah dengan cara yang betul.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply