Datuk Seri Jamil Khir bertegas penggunaan Bahasa Malaysia dalam mahkamah menyebabkan kelancaran Sithambaran terganggu

Saksi ke-5 pasukan pembelaan Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengganggu konsentrasi peguam pendakwaraya, Sithambaram sehingga tersasul-sasul , tapi kekal tenang walaupun ditekan oleh Sithambaram di dalam mahkamah hari ini.

Suara Sithambaram berkali-kali begitu tinggi nadanya seperti marah-marah sehingga suasana tegang di mahkamah.

Seolah seperti mahu mengacau pihak pendakwaan, Datuk Seri Jamil Khir bertegas mahu pemeriksaan balas dilakukan dlm Bahasa Malaysia sehingga menggangu kelancaran soalan-soalan Sithambaram yang asyik tersasul tercakap English

Dalam selang seli pertanyaan, Sithambaram menggunakan Bahasa Inggeris namun ditegur lagi oleh Datuk Seri Jamil

“Lagipun ini mahkamah Malaysia, lebih baik gunakan Bahasa Malaysia,” ujarnya sinis.

Kedengaran segelintir hadirin di dalam galeri awam ketawa manakala Datuk Seri Najib hanya tersenyum sahaja.

Sithambaram meminta maaf

Apabila Sithambaram meninggikan suara dan kedengaran seperti menekan, Datuk Seri Jamil Khir dengan tenang mengingatkan Sithambaram bahawa dirinya dipanggil sebagai saksi dan bukan yang tertuduh

Mungkin akibat terganggu, Sithambaram menghentikan sesi soalbalas pada sekitar 12 tengah hari, padahal kebiasaan perbicaraan akan terhenti sekitar pukul 5 petang.

Maka, sekitar 12 tengah hari perbicaraan terhenti awal dan bersambung pada hari Khamis

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply