KIMANIS SEINDAH NAMA MU

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B)
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Sejak awal peramal politik memilih warisan sebagai Parti ‘Favourite’ bagi memenangi PRK di Kimanis. 

Ini adalah disebabkan pelbagai analisa dan fakta realiti Kimanis itu sendiri.  Antaranya ialah kerajaan Sabah itu sendiri dikuasai oleh WARISAN manakala Persekutuan juga dipegang oleh kerajaan yang sama diterajui oleh PH.

Dalam masa yg sama UMNO di Sabah bukan sahaja dikatakan sedang lumpuh bahkan dianggap nazak selepas lompatan MP, DUN jua jentera parti selepas PRU 14.

Dilihat disudut jentera dan logistik WARISAN terlalu jauh kehadapan ditokok tambah Perbendaharaan Negeri dan Negara ditangan kerajaan yg partinya menjadi kerajaan.

Justeru tidak pelik terdapat institut kajian politik yang sedari awal meramalkan bahawa PRK di Sabah termasuk di Kimanis maka kerajaan WARISAN bukan sahaja akan menang bahkan bakal meraih kemenangan yang besar.

PRK di Kimanis sebenarnya mungkin masih boleh dilambatkan, bahkan boleh dielakkan jika pihak SPR merayu kes kerana perbicaraan awal dimenangi oleh Dato’ Seri Anifah MP Kimanis. Namun setelah SPR dibawa kemahkamah ianya berakhir dgn kekalahan tanpa sebarang rayuan.

Secara mudah kemenangan Dato’ Seri Anifah di Kimanis agak rapuh sekadar majoriti 156 undi di zaman BN masih berkuasa.  Ianya menggambarkan sebuah parlimen yang amat mudah ditawan dikala PH dan WARISAN menjadi kerajaan.

Sebagai orang parti apabila tarikh PRK diumumkan kita sudah mula berkampung, bahkan  ramai yang tiba lebih awal lagi. Seluruh ahli parti termasuk rakan komponen, sahabat parti parti pembangkang jua muafakat nasional berdiri berjuang didalam satu saf yang sama mengharungi medan kimanis.

Sejak awal walaupun dari sumber yang terhad, kepelbagaian parti bergabung tenaga dengan menjadikan perbezaan kepelbagaian sebagai pelengkap bukan kekurangan maka seluruh jentera bergerak sederap di setiap PDM dan Bilik Gerakan Parti.

Dari Penamaan Calon BN menambilkan wajah baru Datuk Mohamad Alamin dan WARISAN menampilkan Otai Politik Kimanis Datuk Karim Bujang.

Semalam Kimanis memilih. Keputusan dinantikan dengan penuh debaran kerana sejak awal WARISAN diramalkan menang mudah.  Ternyata rakyat hari ini semakin bijak.  Mereka bukan sahaja kenal politik setempat bahkan menghadam politik lingkungan.  Menilai dan menimbang kedua kerajaan yang diberi peluang pemerintahan.  Antara BN dan PH. Dari maklumat dihujung jari walaupun jauh kedalaman kediamannya namun internet mampu dicapainya rakyat membuat perbandingan semua janji dan tindakan kerajaan. Akan kehidupan mereka tertekan maka akhirnya BN kembali dinobatkan.  YB Mohamad Alamin menjadi pilihan dan lebih indah majoriti kemenangan bertambah 2029 dari 159.

Selamat bertugas YB Mohamad Alamin.  Terima kasih kepada semua pejuang Parti BN juga sahabat Parti Pembangkang jua Muafakat Nasional.  Kemenangan ini kemenangan kita bersama. Perbezaan WARISAN dan Barisan hanya pada huruf W & B pada tulisannya. Namun terlalu jauh perbezaannya.

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B)
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply