Walaupun tol diberi diskaun 18%, sebenarnya kos keseluruhan kepada rakyat naik 73% , bukan penjimatan

Keputusan kerajaan mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18% sebenarnya hanyalah pendekatan jangka pendek yang sebenarnya menaikkan keseluruhan kos 73% secara jangka panjang akan merugikan rakyat.

Ini kerana kos jangka panjang akan naik meningkat sekitar 73% apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menambah tempoh konsesi 111% lebih panjang, sehingga 2058 iaitu lanjutan 38 tahun!

Sebagai contoh, jika kita membelanjakan sekitar RM1,000 setahun untuk kos bayaran tol, maka sebelum tamat konsesi pd 2038, kita hanya menghabiskan RM18,000

Berbanding jika kita mendapat 18% diskaun tapi konsesi dilanjutkan kpd 38 tahun, maka, walaupun setahun kita hanya perlu membayar RM820 , tapi utk tempoh 38 tahun, kita terpaksa membayar RM31,160

Jelas ianya bukan penjimatan jika kos rakyat naik 73% kepada RM31,160 berbanding hanya RM18,000 mengikut jadual biasa?

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply