Klip perbualan telefon sebenarnya membuktikan Najib dipihak yang benar

Datuk Seri Najib Razak mendakwa rakaman audio didedahkan SPRM dikatakan perbualannya hanya membuktikan beliau tidak berbohong dan cuba menyelesaikan masalah 1MDB dengan cara baik demi kebaikan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malah kes ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib mempunyai hubungan baik dengan kerabat Abu Dhabi

“Kes ini dikaitkan dengan beberapa individu yang sangat dekat dengan pemimpin negara Abu Dhabi. Pengerusi IPIC, Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan serta putera Abu Dhabi pernah memberitahu akan melabur dalam projek filem Riza Aziz (anak tirinya).

“Ini disahkan sendiri melalui perbualan itu. Saya dan Riza ketika itu percaya dana yang diterima Riza adalah datangnya daripada Tuanku Putera Mahkota Abu Dhabi sendiri, dan tidak ada masalah kerana ia diluluskan bank penerima.

“Riza sendiri sudah membayar balik sebahagian dana yang diterimanya sebagai pelaburan,” ujar beliau di laman Facebooknya hari ini.

Maka terbukti Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memfitnah Datuk Seri Najib dengan mengatakan ia “cover up” atau konspirasi jenayah di peringkat tertinggi. 

Selain putera mahkota UAE, warga asing lain yang terbabit ialah Presiden UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Development Company dari Abu Dhabi, Khaldoon Al-Mubarak.

“Matlamat utama ialah untuk menyelesaikan pembayaran balik pelaburan tersebut kerana Riza tidak mahu terlibat dengan dana yang ada masalah.” ujar beliau

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply