76.2% ladang Tabung Haji telah dijual oleh kerajaan PH

Pada 2009, jumlah keluasan ladang sawit milik Tabung Haji Plantation (THP) hanya sekitar 30,500 hektar tapi telah berjaya dinaikkan sehingga 101,000 hektar pada sebelum PRU14.

Ini adalah baik untuk Tabung Haji dalam misi memperkasakan ekonomi umat Islam, dan pendeposit tabung haji secara khususnya.

Malangnya, setakat sekarang kerajaan PH, telah meluluskan untuk menjual sekitar 77,000 hektar ladang milik THP yang dipegang melalui 14 anak-anak syarikat

Ini bermakna 76.2% dari kesemua ladang sawit milik THP sudah atau sedang dijual.

Perlu diingat, Tabung Haji tidak pernah rugi di bawah pentadbiran BN dan BN tak pernah menjual aset-aset TH sebaliknya aset -aset perladangan TH bertambah di masa pentadbiran BN

Apakah akan terjadi dengan masa depan TH Plantations? Dan ke mana perginya matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam?

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply