Libya: Kekayaan minyak dulu dikongsi bersama rakyat, kini dirampas oleh kerakusan kerajaan baru

Lapan tahun berlalu sejak rakyat bersorak riang menyambut kematian Muammar Gaddafi, namun sekarang Libya masih bergolak. Rakyat Libya yang dahulunya hidup penuh bersubsidi oleh kerajaan Gaddafi , kini sedih seolah menyesal dengan perubahan.

Dulu sekolah, hospital dan elektrik disediakan percuma. Bantuan kewangan disediakan untuk ibu yang melahirkan bayi, dan pengganggur. Manakala roti, petrol, dan kereta dijual pada harga paling murah di rantau Arab dan Afrika.

Bank negara tak ada hutang luar, malah rizabnya tinggi sekitar $150 billion

Sekarang ada civil war di antara dua gergasi politik yang rakus merebut kuasa selepas kemenangan menjatuhkan Gaddafi, iaitu GNA yg berpusat di Tripoli dan LNA yg berpusat di Tobruk.

Yang peliknya, urusan rakyat tak terurus, tapi keluaran minyak naik hampir 3 kali ganda. Kekayaan minyak negara yang dulu dikongsi bersama rakyat, kini milik dua gergasi politik yg merebut kuasa.

Tripoli menguasai rizab minyak negara dan rizab bank negara; manakala Tobruk berjaya merampas kuasa di beberapa telaga minyak

Hutang negara semakin meningkat, tetapi rakyat dibrainwash supaya tak menyesal dgn perubahan dan sentiasa diingatkan bahawa perubahan dahulu adalah perlu kerana jahatnya si Gaddafi.

Sudah ada ura-ura bahawa subsidi-subsidi dan bantuan-bantuan akan dihapuskan atas nama subsidy reform ; secara berperingkat dan perlahan-lahan bermula dengan penghapusan subsidi kerosene

Nasi dah jadi bubur… kita di Malaysia ni ambil lah pengajaran

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply