10 cukai baru dan caj tambahan untuk tahun 2020

Menjelang tahun 2020, beberapa cukai baru dan beberapa kenaikan yuran perkhidmatan telah diumumkan untuk menggantikan pendapatan daripada pembuangan GST

1) Tarif air

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengesahkan beberapa kali di dalam beberapa siri sidang media sepanjang 2019 bahawa semua negeri bersetuju dengan cadangan kenaikan

2) Tarif Pos

Dilaporkan bahawa kenaikan tarif ini adalah antara 30% hingga 210% pada tahun 2020 dan dinaikkan lagi 50% pada tahun 2021.

3) Cukai digital 6%

Antara penyedia perkhidmatan digital yang akan dikenakan cukai termasuk Netflix, Spotify, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram dan permainan di telefon pintar.

4) Caj kesesakan

Caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diperkenalkan bagi menggantikan kadar tol semasa. Tol hanya percuma pada waktu lewat malam hingga awal pagi, ketika kebiasaan rakyat sedang tidur

5) Cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara

Diumumkan sendiri oleh Menterinya Zuraida Kamaruddin dengan alasan sudah 30 tahun tak naik dan diikuti dengan kenaikan elaun ahli Majlis PBT di Johor yang majoritinya lantikan politik

6) Kadar yuran permit mengajar guru-guru persendirian di institusi pendidikan swasta akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia akan melibatkan bayaran proses sebanyak RM10 dan bayaran fi permit sebanyak RM30.

Kadar bayaran baharu yuran permit mengajar bagi guru persendirian di semua institusi pendidikan swasta telah diwartakan pada tahun 2013.

7) Skim pinjaman berfaedah 2% setahun bernilai RM550 juta bagi menggantikan skim bantuan penanaman semula kelapa sawit.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata tiada lagi skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil. Ia digantikan dengan Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dengan jumlah dana RM500 juta dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) dengan nilai RM50 juta.

8) Cukai Petak

Pelaksanaan cukai petak ini adalah bagi menggantikan cukai tanah bagi skim strata yang akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 1 Januari 2020 dan kemudian akan dikembangkan ke negeri lain

9) Pengenaan Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diimport oleh pengguna Malaysia bermula 1 Januari 2020.

10) Caj rawatan doktor swasta

Caj perundingan pengamal perubatan am swasta di klinik swasta kini dikawal bawah Jadual Ketujuh, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta Atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply