SELAMAT DATANG TAHUN 2020 DAN SELAMAT TINGGAL 2019

YBHG. MEJ. JEN. DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH

SELAMAT DATANG TAHUN 2020 DAN SELAMAT TINGGAL 2019

Tahun 2019 ditutup menjelang tengah malam hari selasa, diikuti Rabu sebagai tahun dan hari baru 2020. Antara sedar atau tidak kita telah menamatkan perjalanan kehidupan 2019 dicelah pelbagai rencam dan cabaran.

Kehadiran 2020 secara tidak langsung memberikan ruang dan peluang  buat rakyat Malaysia menilai secara adil dan saksama diantara dua buah kerajaan yg menerajui Malaysia iaitu PH dan BN terdahulu.

Hari ini rakyat dapat melihat jau merasa sendiri secara realiti hakikat diantara janji dan harapan yg tidak mampu ditunaikan. Maka apa yang tinggal hanyalah sekadar harapan yang tak mungkin dapat ditunaikan.

Tahun 2020 Negara dan rakyat Malaysia melangkah dengan wajah kesuraman dan hati yang penuh debaran. Apakah ianya mampu bersaing dan bertarung di gelanggang kehidupan sedang pakar ekonomi telah meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi dengan 4.7 sebagai yang tercorot di rantau Asia Tenggara.

Dengan wajah Bursa Saham Negara yang terus suram disamping ringgit yang terus  di paras rendah. Kos sara hidup rakyat lebih-lebih lagi bagi golongan luar bandar terus menekan sedangkan sumber pendapatan semakin terhad.

Banyak sumber pendapatan  tambahan seperti BSAH dahulunya BRIM dikurangkan jumlah penerimanya. Saham-saham rakyat seumpama Saham Tabung Haji, Saham LTAT, ASB terus menyusut kadar pemberian bonus juga dividennya. Disamping yang sama kadar penamatan kerja kakitangan kerajaan semakin bertambah bahkan bakal mendatang lagi 5% daripada 1.6 juta penjawat awam akan ditamatkan sebagaimana yang diumumkan. Begitu juga dengan badan swasta yangg sedang menyusun semula syarikat dengan mengecilkan saiz kakitangan yang membawa maksud pemberhentian kakitangan kerana keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

Hakikatnya di tahun 2020 rakyat bakal mengharungi perjalanan yang tak pasti pertumbuhan ekonominya lebih-lebih wang belanja hidup harian rakyat. Sedangkan yang pasti 2020 harga bahan mentah keperluan rakyat sedang meningkat dari bawang, telur, ikan, keperluan persekolahan terus tidak terungkai sedang yang pasti dikenakan ialah tarif baru air dan letrik bakal dikenakan. Pos juga akan menghadapi kenaikkan. Banyak cukai baru bakal diperkenalkan seumpama cukai digital, harga baru cukai petak disamping harga minyak yg bakal dinaikkan 1 sen setiap minggu.

Semua diatas tidak menjanji kan kehadiran 2020 sebagai sinar harapan. Justru bertabahlah dan mari kita doakan akan lahir nanti disana sinar harapan setelah diberi peluang membuat perbandingan 2 buah parti penerimanya yang diberi peluang menerajui kerajaan. Rakyat Malaysia kehidupan tetap harus diteruskan.

Selamat Tinggal 2019 dan Marhaban 2020.

YBHG. MEJ. JEN. DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply