Kegagalan Kulim High Tech menarik pelabur baru bakal memberi kesan buruk kepada KXP

Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib

Kegagalan kerajaan negeri Kedah menarik pelaburan baru untuk melabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park atau KHTP) dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib, pembangunan KXP adalah sangat-sangat bergantung kepada tahap kemasukan pelaburan ke KHTP dan apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah mengumumkan tiada pelaburan baru berjaya ditarik ianya menimbulkan kerisauan dan keresahan.

Kerisauan juga timbul apabila sesi persekolahan akan tamat tidak lama lagi, lantas lebih banyak peluang pekerjaan diperlukan untuk menampung anak-anak muda yang baru sahaja tamat pengajian di sekitar Padang Serai.

Datuk Asmadi meluahkan kerisauan tersebut di dalam sebuah program temu bual yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, dan dipengacarakan oleh saudara Noran Zamini Jamaludin.

Saudara Noran juga mendedahkan bahawa kilang British American Tobacco memberhentikan 20% pekerja, manakala JTI Malaysia memberhentikan 35% pekerja, Media Prima merancang untuk memberhentikan 33% pekerja.

Menurut Datuk Asmadi lagi, di Kulim Hi-Tech sendiri kilang Osram bakal ditutup, kilang Infineon pula bakal membuang pekerja, manakala rata-rata kilang lain telah membekukan kerja lebih masa (Overtime OT)

“Keadaan ini sangat merisaukan dan kerajaan negeri diharap dapat melihat kembali langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi masalah ini”, tambah beliau lagi

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply