Banyak bantuan dihapuskan tanda Pakatan Harapan tidak bersungguh membantu rakyat

Datuk Asmadi Abu Talib

Sebelum Pilihanraya Umum Ke-14, rakyat dimomokkan dengan pelbagai tuduhan terhadap Barisan Nasional dan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dituduh dengan pelbagai gelaran seperti pencuri penyamun dan perompak.

Akan tetapi, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib menyatakan kekesalan beliau terhadap peristiwa tersebut tambahan pula apabila banyak bantuan-bantuan telah direkabentuk untuk membantu golongan rakyat miskin seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun sara hidup nelayan, bantuan musim tengkujuh kepada penoreh-penoreh getah serta subsidi padi baja serta racun kepada pesawah-pesawah dan pekebun-pekebun kecil

Bukan itu sahaja, pelbagai skim rumah mampu milik diperkenalkan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysiai (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat melalui SPNB, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Skim Rumah Pertamaku, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), dan lain-lain

Malah, ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, majoriti surau-surau di Padang Serai pernah menerima peruntukan bantuan khas setiap tahun

“Banyak permohonan pembangunan daripada Masjid-masjid dan surau-surau, yang dipanjangkan kepada saya sebagai Ketua Umno Bahagian, contohnya seperti penambahan bangunan, pembaikan kerosakan, cat bangunan, tandas, tempat letak kereta telah diluluskan”

Menurut beliau sekitar RM400,000 diperuntukkan setahun hanya di Bahagian Padang Serai sahaja yang mana bantuan tersebut diluluskan oleh Datuk Seri Najib setiap tahun dan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu

“Saya juga mahu beri contoh, satu pembangunan yang saya masih ingat sehingga sekarang ialah pembinaan Jalan menuju ke Ladang Bagan Sena”

Kata beliau, penduduk di Ladang Bagan Sena hanya menggunakan jalan estet sebagai jalan penghubung pengangkutan sejak tahun sebelum merdeka. Mungkin kedudukan Ladang tersebut yang terletak agak jauh di pedalaman membuatkan mereka sedikit tersisih walaupun beberapa Perdana Menteri telah bertukar sejak selepas merdeka.

Datuk Asmadi berkata beliau sendiri memohon secara peribadi kepada Datuk Seri Najib beberapa tahun selepas PRU13, dan peruntukan jalan kasaran yang bernilai sekitar RM900 ribu telah diluluskan dan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib malah sangat kagum dengan kesedian beliau mahu membantu rakyat” kata beliau

Malangnya, kesan daripada pembohongan dan janji-janji palsu manifesto Pakatan Harapan telah mengaburi mata rakyat dan sebenarnya memangsakan rakyat sendiri apabila banyak daripada bantuan-bantuan tersebut telah dihentikan

Beliau berkata demikian di sebuah program bual bicara oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dihostkan oleh saudara Noran Zamini Jamaludin yang juga merupakan seorang penceramah UMNO Malaysia, merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply