Belanjawan 2020: Tiada lagi bantuan Rumah Mesra Rakyat SPNB untuk golongan miskin

Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib

Kerajaan dipercayai tidak lagi memperuntukkan subsidi kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai skim Rumah Mesra Rakyat di dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib, perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak patut berlaku jika kerajaan benar-benar mempunyai rancangan untuk mahu membantu golongan rakyat miskin di luar bandar

Kata beliau, ketika dahulu kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan sekitar RM200 juta kepada SPNB sebagai subsidi kepada rakyat miskin yang memohon untuk membina rumah di atas tanah milik mereka melalui skim Rumah Mesra Rakyat

Kini, peruntukan subsidi tersebut tidak lagi disediakan dan orang kampung sudah tidak lagi dapat memohon di bawah skim tersebut

Skim Rumah Mesra Rakyat adalah sebuah program untuk mempermudahkan orang-orang yang bekerja kampung yang tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman perumahan. Ini kerana, jika mengikut sistem kewangan biasa, mereka-mereka ini tidak akan berpeluang untuk membeli rumah melainkan hanya dengan membeli secara tunai

Menurut beliau lagi, golongan yang banyak mendapat manfaat daripada skim ini ialah nelayan, petani, pesawah, pekebun-pekebun kecil yang menetap di kampung-kampung yang tidak mempunyai slip gaji

Beliau berkata demikian di sebuah program bual bicara oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dihostkan oleh saudara Noran Zamini Jamaludin yang juga merupakan seorang penceramah UMNO Malaysia, merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena

Di bawah skim tersebut, rakyat hanya perlu membayar sekitar RM270 sebulan untuk sebuah rumah dengan binaan keluasan 1,000 kaki persegi yang bernilai sekitar RM60,000 hingga RM70,000 sebuah

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply