Teresa Kok menyeleweng angka: Ekspot sawit menurun, lambakan sawit meningkat bagi September 2019

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim yang kata “dont worry” apabila sawit kita diboikot kerana hujahnya, stok sawit berkurang dan eksport sawit meningkat

Katanya bagi tempoh Januari hingga Ogos 2019, total eksport minyak sawit Malaysia naik sebanyak 19.7% kepada 12.6 juta tan metrik berbanding tempoh yang sama pada 2018 iaitu pada 10.53 juta tan metrik.

Stok minyak sawit (lambakan minyak sawit) Malaysia sedang mengalami trend penurunan pada tahun ini iaitu daripada 3 juta tan pada Januari 2019 kepada 2.25 juta tan pada Ogos 2019.

“Ini akan menyumbang kepada kenaikan paras harga minyak sawit yang lebih baik,”

Jika benar statistik ini akan menaikkan harga sawit, kenaikan eksport telah berlaku tapi mengapa harga sawit masih belum naik seperti harga sebelum PRU14?

Sebenarnya situasi sebenar tidaklah semudah seperti apa yang dijanjikan oleh Teresa Kok

Statistik yang dipetik oleh Teresa juga tidak tepat kerana memetik tempoh Januari 2019 hingga Ogos 2019, padahal ancaman kempen sebenar boikot dibuat pada September dan Oktober 2019

Jika merujuk data september 2019 (berbanding bulan sebelumnya – ogos) oleh MPOB, yang dilaporkan oleh Malaymail;

Stockpile minyak sawit (lambakan minyak sawit) naik 9.27%
Stockpile processed palm oil naik 15.29%
Stokpile CPO crude palm oil (lambakan CPO) naik 4.84%

Eksport sawit jatuh 18.77% drpd 1.736 juta tan kpd 1.410 juta tan
Eksport oleochemical jatuh 13.77% drpd 305,118 tan kpd 263,097 tan
Eksport palm kernel oil jatuh 11.24% drpd to 89,489 tan kpd 79,428 tan

Hal ini sebenarnya belum dicampur dengan ancaman boikot yang sebenar, iaitu pada kontrak penghataran bulan November dan Disember, seperti yang dilaporkan pada Oktober lalu

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak pula ketika di Zaman BN eksport sawit sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh daripada 2015 nilai eksport sawit RM38.7 billion naik kepada RM49.4 billion pada 2017.

Namun pattern itu mula menurun selepas PRU14, apabila eksport 2018 turun drpd RM43.7 billion junam kepada RM42.5 billion pada tahun 2019

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply