UMNO perlu bangkit dengan lebih aggresif sebagai pembangkang untuk mengambil semula kuasa yang jatuh di tangan Pakatan Harapan

Dato’ Paduka Abdul Rahman bin Ibrahim, YDP MUBARAK Negeri Kedah

Kekalahan UMNO dalam pilihanraya ke 14 lepas adalah disebabkan beberapa faktor dalaman dan ditambah dengan faktor luaran yang kuat menekan parti itu .

Dato’ Paduka Abdul Rahman Ibrahim , Yang DiPertua Mubarak Kedah berkata , selain dari faktor luaran seperti mainan persepsi terhadap pemimpin parti serta penawaran janji dalam manifesto Pakatan Harapan , faktor dalaman parti lebih memainkan peranan terhadap kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU14 .

UMNO dan Barisan Nasional yang sudah memerintah selama 60 tahun merasa terlalu selesa dan ini menyebabkan ada dikalangan pemimpin parti yang tidak mahu mendengar suara akar umbi serta berlaku tikam menikam dalam bab memilih calon pada PRU14 yang lepas .

Kegagalan  menghidu gelombang penolakan rakyat walaupun ramai penganalisa sudah memberi masej yang jelas juga menjadi faktor lambat bertindak untuk menghalang gelombang tersebut .

“Justeru UMNO perlu bangun semua dengan mengambil iktibar dari sebab kekalahan pada PRU 14 yang lepas ” , katanya lagi .

UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti yang terus memperjuangkan nasib rakyat keseluruhannya.

Selepas 17 bulan 21 hari kerajaan Pakatan harapan memerintah , rakyat mulai resah dengan cara pentadbiran dan pengurusan kerajaan Pakatan Harapan ini .

Keresahan rakyat ditambah dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat banyak memberi alasan atas janji – janji yang mereka tak boleh tunaikan .

Pelbagai peruntukan untuk kesejahteraan rakyat telah dipotong dan dihapuskan , pelbagai inisiatif yang kerajaan Barisan Nasional dibatalkan , bantuan untuk golongan yang amat memerlukan juga dipotong serta dihapuskan .

Rakyat terus terbeban dengan kelembapan ekonomi yang menjejaskan punca pencarian mereka disebabkan kegagalan kerajaan mnegurus ekonomi dengan baik .

Program FB Live Santai TokPin

UMNO perlu mengambil peluang ini untuk menjadi juara kepada rakyat dengan memperjuangkan kembali nasib rakyat yang terbeban dengan kecelaruan kerajaan Pakatan Harapan memerintah Negara .

Usaha yang lebih aggresif dan keluar dari zon selesa yang dahulu perlu digerakan semula jika ingin mendapat kembali pengaruh rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional

UMNO  perlu menjadi pembangkang yang berkesan untuk menghadapi pelbagai pelanggaran undang-undang dan perlembagaan terutama hak2 keistimewaan melayu bumiputera serta kepentingan rakyat oleh kerajaan Pakatan Harapan .

Untuk itu ahli serta pemimpin UMNO perlu mendahului kepentingan parti melebihi dari kepentingan peribadi dan cita –cita politik individu .

UMNO perlu menjalin hubungan dengan pertubuhan – pertubuhan bukan politik dalam menggerakan gelombang kebangkitan rakyat untuk menentang kerajaan Pakatan Harapan yang dilihat boleh merosakan negara .

UMNO perlu mencari dan melahirkan tokoh – tokoh yang ikhlas dalam perjuangan dan sanggup berkorban seluruh jiwa dan raga demi rakyat .

“Dengan keadaan kucar kacir dalam kepimpinan Pakatan Harapan antara parti – parti komponen mereka serta perancangan yang rapi ditambah dengan penyatuan dua buah parti terbesar majoriti rakyat Malaysia UMNO PAS peluang untuk mendapat kembali kuasa itu ada “ , katanya lagi semasa program bual bicara “ FB Live “ Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply