Ada kawasan berisiko hanya boleh mengusahakan sawah satu musim sahaja tahun ni

Setiausaha Pertubuhan Penanam Padi Kedah, Ishak Taib

Kebimbangan pesawah semakin meruncing apabila sehingga sekarang kira-kira tak sampai 30% pesawah boleh menanam padi bagi fasa 1 yang sepatutnya tamat 25 Oktober 2019

Kemudian jadual penanaman padi MADA telah menetapkan fasa 2 tamat pada 5hb November, manakala fasa 3 pada 10hb November.

Namun persoaalannya ialah apabila majoriti pesawah masih belum mendapat bekalan padi benih bersubsidi, maka, wujud kemungkinan ada pesawah di sesetengah kawasan, hanya boleh mengerjakan sawah mereka hanya satu musim pada tahun ini kerana kelewatan padi benih bersubsidi

Sebelum ini, Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin menjelaskan kelewatan itu terjadi akibat daripada situasi di mana Kilang padi menjual padi benih ke luar negeri Kedah yang mewujudkan kekurangan stok di Kedah

Memberi reaksi kepada kenyataan tersebut, Setiausaha Pertubuhan Penanam Padi Kedah, Ishak Taib, berkata situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana penekanan sepatutnya diberikan kepada kawasan MADA dan Kedah kerana menurutnya Kedah mengeluar 42% daripada keseluruhan pengeluaran padi negara.

Beliau berkata demikian di dalam sebuah sesi temu bual yang dianjurkan oleh Umno Kedah yang dihostkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply