BELANJAWAN KEDAH 2020: Lagi kecelaruan maklumat daripada Menteri Besar

ADUN pembangkang BN-PAS mendedahkan wujudnya percanggahan maklumat yang diberikan oleh pihak YAB Menteri Besar tentang status 5 Loji Rawatan Air yg dinyatakan dalam buku belanjawan 2020

Jawapan bertulis kepada soalan No 31, muka surat 49, menyatakan status terkini 5 loji iaitu Loji Rawatan Air Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sg Limau & Lubuk Buntar Lama adalah diluluskan dalam bentuk pinjaman.

Manakala di dalam pembentangan Belanjawan Kedah 2020 perkara 27 & 28, Menteri Besar menyatakan sebab-sebab berlaku kelewatan adalah kerana perubahan polisi daripada pinjaman kepada pembiayaan secara geran dan perubahan skop projek.

“Adakah ianya pinjaman atau pembiayaan geran? kedua-dua ini adalah jawapan rasmi pihak kerajaan”, kata Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd Nor (PAS-Jeneri)

Ini bukan perkara baru, apabila Dato’ Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) pula mendedahkan unjuran pendapatan duti hiburan yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan didakwa tidak masuk akal

“Bagaimana pengurangan 70% duti hiburan boleh menghasilkan peningkatan pendapatan sehingga 600%. Timbul tanda tanya sama ada gambaran ini betul atau ianya hanyalah usaha memesongkan persepsi orang awam,”

Manakala, sebelum ini juga Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor (BN-Bandar Baharu) pula mempertikaikan mengapa statistik kerajaan negeri bercanggah sesama sendiri YB Exco dengan ucapan Belanjawan 2020 oleh Menteri Besar?

Di dalam jawapan bertulis dewan, kerajaan mengumumkan pelaburan setakat Jun 2019, berjumlah pelaburan sekitar RM7.71 bilion akan tetapi, jawapan YB Exco ADUN Derga, Tan Kok Yew, pula adalah sebanyak RM7.75 bilion

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply