Tiada pelaburan baru di Kulim High-tech Park menimbulkan kerisauan ianya tidak lagi berdaya maju

Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor

Semasa membahas Belanjawan Kedah 2020, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor menjelaskan bahawa jawapan bertulis Exco Pelaburan, YB Tan Kok Yew, menyatakan hanya ada dua pelaburan yang dicatatkan di Kedah, dan tiada satu pun yang dilaporkan di Kulim High-Tech Park (KHTP). Ini menimbulkan kerisauan banyak pihak samada adakah KHTP tidak lagi berdaya saing.

Menurut beliau, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat yang megurus KHTP, adalah sebuah syarikat kerajaan negeri yang sangat berdaya saing, yang berjaya mencatatkan keuntungan sejak tahun kewangan 1995. KTPC mencatatkan kerugian hanya untuk 3 tahun di dalam sejarah penubuhannya iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2004.

Keuntungan paling tinggi yang pernah direkodkan ialah pada tahun 2017 iaitu RM44.9 juta yang telah memberikan pulangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM7.5 juta

Tegasnya, kerajaan negeri perlu ingat, bahawa kerajaan negeri berjaya meyakinkan kerajaan pusat untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), adalah kerana kewujudan KHTP ini.

“Apakah tindakan perancangan ekonomi kalau KTPC hanya mendapat pembesaran kilang intel, tiada pelaburan baru, ini bermaksud tak ada angka pajakan yang baru atau hasil kepada KTPC, mahupun kerajaan negeri”

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu betul-betul memberi perhatian yang serius terhadap tindakakan-tindakan yang berpotensi untuk merancakkan ekonomi negeri ini.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply