BELANJAWAN KEDAH 2020: Angka rasmi pelaburan oleh kerajaan Kedah didapati bercanggah, menimbulkan kekeliruan

Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor

Di dalam perbahasan Belanjawan Kedah 2020, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina bt Mohd Noor menyatakan bahawa kerajaan mengumumkan pelaburan setakat Jun 2019, berjumlah sekitar RM7.71 bilion sahaja pencapaian negeri.

“Namun, apabila disemak jawapan pada sidang DUN yang lalu, menurut kenyataan ADUN Derga, Tan Kok Yew, di dalam penyata rasmi mesyuarat kali pertama penggal persidangan kedua pencapaian pelaburan Kedah adalah sebanyak RM7.75 bilion yang mana ianya dinyatakan pelaburan kilang kertas berteknologi tinggi di Padang Meha bernilai sejumlah RM2.29 bilion dan sebuah kilang biotech pemprosesan makanan di Bukit Kayu Hitam RM5.46 bilion.

“Kenapa angka-angka ini tidak sama?” soal beliau

“Adakah angka-angka ini dulunya diambil akan tetapi tidak direalisasikan sebagai pelaburan, sebaliknya adakah ianya hanya MoU (memorandum persefahaman) sahaja”

Menurut beliau, adalah penting bagi pihak kerajaan negeri untuk mengkaji semula dan menyatakan kembali angka-angka yang sahih pelaburan rasmi negeri Kedah, bagi mengelakkan kecelaruan data rasmi kerajaan negeri.

Ikuti kami di media sosial.

Leave a Reply